fbpx

Polis Kelantan kutip RM1.39 juta saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengutip sebanyak RM1.39 juta menerusi diskaun bayaran saman sebanyak 50 peratus yang ditawarkan dalam tempoh 11 hari.

Tawaran diskaun tersebut bermula pada 25 Mac lalu sempena Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Peringkat Kontinjen Kelantan yang berakhir semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kutipan saman bagi pelbagai kesalahan trafik itu dibuat di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri ini.

Katanya, berdasarkan laporan akhir,IPD Kota Bharu mencatat kutipan tertinggi iaitu RM52,870 diikuti IPD Pasir Puteh (RM27,710), IPD Gua Musang (RM22,940) dan IPD Machang (RM21,230).

“IPD Pasir Mas mengutip sebanyak RM18,560 diikuti IPD Kuala Krai RM13,530 dan IPD Tanah Merah RM12,580.

“IPD Tumpat pula mengutip RM10,580 diikuti IPD Bachok RM7,810 dan IPD Jeli RM6,680,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tawaran diskaun 50 peratus tidak sah kepada pesalah trafik berstatus kes bicara di mahkamah, kesalahan potong barisan serta saman kemalangan tahun ini dan tahun lalu.

Katanya, diskaun itu juga tidak boleh digunakan kepada individu yang berstatus waran tangkap, saman melibatkan lori serta saman berkaitan kesalahan ubah suai ekzos yang dikeluarkan mulai 1 Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI