fbpx

Permohonan Bantuan MyKasih Kapital dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina Harun

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan Program Bantuan MyKasih Kapital kini sudah dibuka untuk permohonan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, permohonan boleh dibuat melalui pautan yang terdapat di laman Facebook Yayasan Kebajikan Negara.

Beliau berkata, permohonan juga boleh dibuat dengan layari laman sesawang Yayasan Kebajikan Negara di yknm.org.my untuk maklumat lanjut.

“Saya dengan rasa berbesar hati ingin memaklumkan permohonan bagi Program Bantuan MyKasih Kapital yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 lalu kini telah dibuka.

“Insentif tambahan ini bakal memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan dalam menjayakan objektif memperkasa ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, bantuan itu adalah satu usaha bagi menggalakkan kaum wanita berniaga terutama yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Rina berkata, seramai 2,000 wanita akan dipilih berdasarkan kelayakan bagi memulakan projek rintis itu.

MyKasih Kapital adalah insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada wanita, dikenali dalam bentuk suntikan modal perniagaan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI