fbpx

Penyakit Covid-19 berisiko sebabkan tekanan, nyanyuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesakit Covid-19 juga mengalami mudah diserang keresahan dan mengalami gangguan mood. -Theosborn.org

LONDON – Satu kajian diterbitkan dalam jurnal Lancet Psychiatry mendapati mereka yang dijangkiti virus Covid-19  lebih mudah tertekan dan menjadi nyanyuk dalam tempoh enam bulan selepas menghidap penyakit tersebut, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Menurut penyelidik, golongan itu juga dilaporkan lebih mudah diserang penyakit seperti strok, depresi dan psikosis.

Pesakit Covid-19 bergejala serius yang dimasukkan ke wad dan unit rawatan rapi (ICU) adalah lebih berisiko diserang nyanyuk.

Hal ini kerana virus tersebut mempunyai impak terhadap otak.

Keresahan dan gangguan mood merupakan kesan paling kerap berlaku dalam kalangan penghidap Covid dan ini berkemungkinan disebabkan oleh pengalaman jatuh sakit dan dibawa ke hospital, kata pasukan penyelidik tersebut.

Strok dan nyanyuk pula berlaku disebabkan impak biologi daripada virus itu sendiri atau tindak balas tubuh badan terhadap jangkitan secara umum.

Kajian itu bagaimanapun bersifat pemerhatian dan pasukan penyelidik tidak dapat mengesahkan sama ada Covid-19 benar-benar akan mengakibatkan penyakit tersebut kepada pesakit dalam tempoh enam bulan selepas jangkitan.

Namun, pasukan penyelidik daripada  University Oxford di  England yang membuat perbandingan antara kumpulan pesakit Covid-19 dan penghidap penyakit pernafasan lain mendapati mereka yang menghidap Covid-19 lebih kerap  dikaitkan dengan masalah otak berbanding kumpulan yang menghidap penyakit pernafasan lain.

Penghidap Covid-19 adalah 16 peratus lebih cenderung mengalami gangguan psikologi berbanding mereka yang menghidap penyakit pernafasan lain dan 44 peratus lebih tinggi daripada mereka yang menghidap selesema biasa.

Sebanyak 0.7 peratus pesakit Covid didiagnos menghidap penyakit nyanyuk atau dementia manakala seramai 5 peratus pula menunjukkan simptom. -Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI