fbpx

Pelaksanaan FTP memperkasakan industri perkayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga pihak bersetuju menjalinkan kerjasama bagi membantu industri perkayuan di negara ini.

PETALING JAYA – Factory Transformation Programme (FTP) berperanan menyokong dan membantu industri perkayuan melalui penglibatan syarikat-syarikat dalam menjalankan penilaian serta kajian diagnostik kilang.

Tujuan utama adalah bagi mengenal pasti ketidakcekapan dan pembaziran melalui penggunaan aplikasi alat dan teknik Green 5S dan pengurusan Lean.

Bagi melaksanakan FTP, tiga syarikat telah bersetuju untuk berkolabrasi, syarikat berkenaan adalah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), SIRIM STS Sdn. Bhd. dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC).

Justeru itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah MTIB, Mohd Kheiruddin Mohd. Rani, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM STS Sdn. Bhd., Raja Yahya Raja Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Muhtar Suhaili.

Majlis itu turut disaksikan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Sri Dr. Wee Jeck Seng.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dalam satu kenyataan hari ini berkata, jalinan persefahaman tersebut bertujuan memperkasakan pembangunan industri perkayuan di negara ini melalui penggunaan teknologi automasi dan inovasi berkaitan Industri 4.0.

“KPPK menerusi MTIB selaku peneraju utama bagi program-program automasi, mekanisasi, digitalisasi dalam industri perkayuan negara, berperanan sebagai penyelaras keseluruhan pelaksanaan FTP.

“Berkenaan tempoh pelaksanaan projek FTP pula, ia mengambil tempoh selama setahun dan sejumlah RM1.4 juta telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI