fbpx

Muntah tanpa henti, anak Shiera masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIRRA anak Shiera kini ditahan dalam wad selepas alami muntah-muntah yang teruk.

PETALING JAYA – Anak ketiga kepada pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah iaitu Airra dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu kota sejak malam tadi akibat muntah-muntah yang teruk.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera dalam Instagramnya.

Shiera ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, Airra atau nama penuhnya Airra Zulkifly, 14, mula muntah-muntah tanpa henti sejak semalam dan telah dibawa ke klinik.

“Siang (semalam) dia muntah tanpa henti. Dah bawa ke klinik pun muntah-muntah lagi. Makan ubat pun keluar balik.

“Jadi lepas saya balik kerja baru hantar dia ke hospital malam tadi,” katanya.

Ujar kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah itu lagi, Airra memang seorang remaja yang suka makan dan akan makan apa sahaja.

“Tak tahu dia (Airra) makan apa sebab dia makan macam-macam. Dia seorang sahaja yang kena,” ujarnya.

Tambahnya lagi, doktor akan melakukan pemeriksaan ujian imbasan (CT-Scan) dan imbasan ultrasound pada perutnya hari ini.

“Takut apendiks. Jadi tengah tunggu doktor lakukan ujian hari ini. Harap tidak ada apa-apa yang serius,” kata Shiera.

Selain Airra, Shiera juga mempunyai tiga lagi anak bersama suami keduanya yang juga pelakon Ijoy iaitu Airel, 17, Audra, 12 dan Adeena yang kini berusia lima tahun.

Shiera sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Black Dog Bon iaitu Jatt dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Allisya Tahir, 23, yang kini sedang mencipta nama sebagai penyanyi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI