PELAKON baharu Han Ji-hyun mengecap populariti luar biasa selepas membintangi drama fenomena The Penthouse.
Sebelum ini, Ji-hyun hanya mempunyai pengikut Instagram tidak sampai 1,500 orang.
Mengejutkan, jumlah pengikutnya naik mendadak apabila dia kini memiliki seramai lebih 1.5 juta orang pengikut.
Watak antagonis yang dijayakannya menerusi drama tersebut meninggalkan impak dan menjadi buah mulut penonton setia sejak disiarkan tahun lalu.
Ji-hyun yang berusia 25 tahun muncul sebagai antara bintang muda yang sering dipuji dek bakat lakonan luar biasa dalam drama berkenaan.
Malah Ji-hyun turut dilabel dan diramal akan menjadi pelakon wanita harapan yang akan mewarnai industri lakonan Korea Selatan pada masa hadapan.