fbpx

‘Lone Ranger Syamil’ diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menunjukkan barangan yang dirampas ketika penahanan 'Lone Ranger Syamil' di sebuah rumah di sekitar Saujana Utama di sini pada 31 Mac lalu.

SUNGAI BULOH – Seorang penjenayah yang dikenali sebagai ‘Lone Ranger Syamil’ disyaki terlibat dalam 25 kes pecah rumah dan kedai ditahan di sebuah rumah di sekitar Saujana Utama di sini pada 31 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, suspek lelaki berkenaan berusia awal 20-an dan aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Saujana Utama dan Rawang sejak tahun 2019.

“Modus operandi suspek adalah dengan menjalankan aktiviti jenayah secara berseorangan atau solo dan hasil barangan yang dicurinya akan disimpan untuk kegunaan sendiri.

“Sekiranya terdapat barangan berharga seperti rantai, cincin atau gelang, suspek akan menjual atau menggadaikannya. Suspek ini juga akan bertindak membakar ‘kawasan’ jenayah bagi menghapuskan bukti,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, serbuan telah dilakukan secara berasingan di tiga buah lokasi termasuk rumah suspek dan polis juga telah merampas dua telefon bimbit, pelbagai barang kemas, komputer riba serta sebuah alat permainan elektronik.

“Hasil semakan mendapati, suspek pernah didakwa atas kesalahan mencuri sebelum ini namun telah diikat jamin.

“Jumlah keseluruhan kerugian membabitkan jenayah suspek dianggarkan bernilai RM175,560 dan orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati serta menghubungi polis sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenai suspek,” ujarnya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI