fbpx

Lelaki cedera ditikam dengan pisau lipat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang pemuda mengalami kecederaan pada perut sebelah kiri akibat ditikam dengan menggunakan sebilah pisau lipat dalam kejadian pergaduhan di lobi sebuah kondominium di Jalan Pangkor di sini awal pagi tadi.

Lelaki berusia 25 tahun itu dikatakan bertindak menghubungi pasukan polis bagi memaklumkan kecederaan yang dialaminya pukul 4.58 pagi.

Difahamkan, pergaduhan melibatkan empat lelaki terdiri dua kumpulan termasuk satu pasangan adik beradik itu turut menyebabkan seorang lagi daripada mereka luka pada atas kepala akibat dipukul dengan topi keledar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi berkata, susulan kejadian itu pihaknya telah menahan keempat-empat lelaki tersebut termasuk dua daripadanya yang sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas seorang saksi wanita berusia 29 tahun yang juga kenalan kepada kesemua suspek terbabit mengatakan punca kejadian adalah disebabkan hutang.

“Saksi mengatakan yang salah seorang suspek telah meminjam duit daripadanya sebanyak RM800 dan dia telah menghubungi lelaki untuk meminta semula wang tersebut.

“Bagaimanapun, suspek (peminjam) bersama seorang lagi lelaki (pasangan adik beradik) datang mencari saksi di tempat kejadian lalu telah berlaku pergaduhan antara tunangnya dengan seorang lagi kenalan mereka,” katanya.

Soffian memberitahu, kedua-dua suspek yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan ditahan di wad HPP untuk rawatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI