fbpx

Kes baharu menghampiri 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini mencecah hampir 2,000 dengan 1,854 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 357,607 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Sarawak melaporkan angka tertinggi sebanyak 555 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 403 kes dan Pulau Pinang sebanyak 176 kes.

“Negeri lain ialah Kelantan (143 kes), Sabah (139 kes), Kuala Lumpur (135 kes), Johor (103 kes), Negeri Sembilan dan Kedah (masing-masing 40 kes), Melaka (34 kes), Perak dan Terengganu (masing-masing 29 kes) serta Pahang (19 kes).

“Seterusnya, Putrajaya sebanyak enam kes dan Labuan sebanyak tiga kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, Perlis pula tidak merekodkan kes baharu Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI