fbpx

Geng 24 Bukit Raja rekrut pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARJUNAIDI (depan) melihat gambar berkaitan Geng 24 Bukit Raja pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam, hari ini.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Kumpulan kongsi gelap Geng 24 Bukit Raja dikesan merekrut pelajar sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti haram di sekitar Lembah Klang.

Mereka yang direkrut juga perlu menjalani ritual  ‘sumpah berdarah’ sebelum menyertai kumpulan
dengan dijanjikan perlindungan, pengaruh, kuasa dan kewangan.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed hasil penahanan 50 inidvidu sepanjang Ops BD sehingga semalam melibatkan kumpulan tersebut.

Katanya, mereka semua ditangkap susulan kes rusuhan di sebuah pusat hiburan di Setia Alam di sini, 19 September tahun lalu.

“Siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat kutipan wan perlindungan premis tersebut.

“Hasil siasatan terdapat 100 ahli Geng 24 Bukit Raja dengan 10 peratus daripadanya terdiri daripada pelajar sekolah yang hanya berusia belasan tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Kata Arjunaidi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 52 dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Tambah beliau, pihaknya sedang menjalankan pemantauan lanjut ke atas beberapa sekolah menengah di negeri ini bagi mengekang kumpulan berkenaan.

“Selain itu, kita masih mengesan lapan individu termasuk remaja yang disyaki ahli Geng tersebut bagi membantu siasatan.

“Kita percaya kumpulan itu masih lagi bergiat aktif ketika ini termasuk merekrut pelajar sekolah sebagai ahli baharu mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Geng 24 Bukit Raja supaya menyalurkannya di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI