fbpx

Dua kakitangan JIM direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kakitangan JIM yang disyaki bersekongkol dengan sindiket yang menggodam pangkalan data JIM dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

PUTRAJAYA – Dua kakitangan Jabatan Imigresen (JIM) yang disyaki bersekongkol dengan sindiket yang menggodam pangkalan data jabatan itu untuk tujuan pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) ditahan reman hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret menetapkan perintah tahanan reman selama tujuh hari mulai hari ini hingga 16 April depan di bawah Akta SPRM 2009.

Terdahulu, sumber berkata, penahanan ke atas kedua-dua suspek yang masing-masing berusia berusia 34 dan 35 tahun itu dibuat selepas dikenal pasti membantu sindiket menjalankan aktiviti penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

“Dipercayai kedua-dua kakitangan itu menerima rasuah sebagai habuan kerana bersubahat dalam kegiatan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, lima tangkapan dibuat terhadap ketua sindiket bergelar Datuk dan empat anggota sindiket termasuk seorang bekas pegawai JIM.

Sebanyak 147 akaun meliputi 30 individu dan 11 syarikat berjumlah RM9.97 juta telah dibekukan.

Selain itu, dianggarkan sebanyak 30 unit hartanah berjumlah RM11.8 juta dan 66 buah kenderaan berjumlah RM13.6 juta telah disita serta dibekukan yang mana jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM25.5 juta.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan terbaharu itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI