fbpx

Batik jadi pakaian rasmi BCorp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Baju batik kini menjadi pakaian rasmi bagi Berjaya Corporation Bhd. (BCorp) dan semua syarikat di bawahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BCorp, Abdul Jalil Abdul Rasheed berkata, semua pekerja langsung dan tidak langsung mereka yang berjumlah kira-kira 20,000 lelaki serta wanita digalakkan memakai baju batik setiap hari.

Katanya, mereka juga menggalakkan vendor dan pembekal untuk mengamalkan polisi tersebut.

“Semua petugas hadapan dan hospitaliti Berjaya akan menukar seragam mereka kepada batik secara berperingkat-peringkat.

“Ia merupakan cara kami untuk mempromosikan budaya Malaysia dan mempamerkan batik,” tulisnya di laman Twitter hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI