fbpx

Ambulans bawa pesakit disyaki positif Covid-19 terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ambulans membawa pesakit disyaki positif Covid-19 terbalik selepas terlibat kemalangan dengan Proton Exora di Alor Setar petang ini.

ALOR SETAR – Sebuah ambulans terbalik selepas terlibat kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di persimpangan lampu isyarat berhampiran Plaza Tol Alor Setar Utara, Jalan Langgar di sini hari ini.

Difahamkan, ambulans tersebut dinaiki lima individu termasuk petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang pesakit disyaki positif Covid-19.

Mangsa yang mengalami kecederaan ringan ialah petugas kesihatan serta pemandu dan penumpang Proton Exora.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.55 petang sebelum tiba di lokasi dua minit kemudian.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar diarahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah ambulans KKM dan MPV jenis Proton Exora,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pemandu dan penumpang Proton Exora yang cedera ringan selepas mengadu sakit pada dada dan bahu diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.

“Pasukan KKM di dalam ambulans hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada mangsa yang dilaporkan tersepit,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI