fbpx

56 tan daging kerbau India dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging kerbau sejuk beku dari India dirampas di NBCT, Butterworth Selasa lalu.

SEBERANG PERAI – Usaha membawa masuk hampir 56 tan daging kerbau sejuk beku secara tidak sah ke negara ini digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas mengadakan pemeriksaan di Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT) di sini pada Isnin dan Selasa lalu.

Pemeriksaan kira-kira pukul 5.30 petang Isnin dan 12.50 tengah hari Selasa itu membabitkan dua buah kontena yang dibawa dari India.

Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan berkata, siasatan pihaknya mendapati keseluruhan dagangan tersebut telah dilabel menggunakan maklumat tidak tepat seperti yang dinyatakan pada Sijil Halal yang diisytihar.

“Justeru, daging kerbau sejuk beku seberat 55,994 kilogram di dalam 3,748 kotak yang dianggarkan bernilai RM603,932.76 itu ditahan bagi siasatan lanjut.

“Ini kerana, mana-mana orang yang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan, keluaran pertanian adalah menjadi suatu kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI