fbpx

16 ahli Geng Nicky didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid (tengah) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas daripada Geng Nicky pada sidang akhbar di Bukit Aman baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seramai 16 ahli Geng Nicky yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah terancang dan pengubahan wang ha­ram dijangka­ didakwa­ di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini hari ini.

Antara yang akan didakwa di mahkamah adalah dua adik kepada ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Mereka ditahan dalam Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dalam operasi selama lapan hari bermula 20 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada pukul 9 pagi hari ini.

Ayob Khan

“Kesemua 16 individu tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika disabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini malam tadi.

Artikel berkaitan: Polis lumpuhkan Geng Nicky

Artikel berkaitan: Nicky berkawan dengan tauke judi

Artikel berkaitan: Umpan wanita, wang dan kenderaan

Kosmo! pada 31 Mac lalu melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan sindiket jenayah terancang geng itu didalangi oleh Nicky yang juga merupakan Pengasas Winner Dynasty Group.

Dalam operasi bermula pada 20 hingga 28 Mac itu, polis me­lakukan 70 serbuan dan menahan seramai 118 individu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, antara individu yang ditahan adalah dua adik kepada Nicky masing-masing bergelar Datuk Seri dan Datuk berusia 28 dan 30 tahun.

Artikel berkaitan: Nicky, Sajat mungkin menyamar

Turut diberkas seorang lagi Datuk Seri serta lima Datuk lain.

Daripada jumlah itu, 42 lelaki membabitkan 27 warga tempatan serta 15 warga China serta enam wanita termasuk tiga warga China­ ditahan mengikut Akta Ke­salahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI