fbpx

Tiger Woods pandu 140 kilometer sejam sebelum kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUV Woods yang remuk berada di atas trak tunda di Rancho Palos Verdes, California pada 23 Februari lalu. - AFP

LOS ANGELES, California – Bintang golf, Tiger Woods memandu hampir dua  kali ganda melebihi had laju tempatan, 72 kilometer sejam apabila dia terbabas di California pada Februari lalu, kata Syerif Daerah Los Angeles semalam.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) Woods bergerak selaju140 kilometer sejam sebelum terbabas dan terbalik beberapa kali semasa  kemalangan di Ranchos Palos Verdes, menyebabkan juara 15 kali itu cedera serius pada kaki kanannya.

 

 

 “Punca utama kemalangan adalah memandu pada kelajuan tidak selamat berdasarkan keadaan jalan dan kegagalan mengambil selekoh.

“Anggaran kelajuan pada masa kemalangan adalah antara 135 kilometer sejam hingga 140 kilometer sejam,” kata Syerif Alex Villanueva.

Katanya, tiada tanda-tanda ‘gangguan semasa memandu’ manakala Woods, 45,  secara sukarela membenarkan keputusan siasatan itu didedahkan kepada umum. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI