fbpx

Risau, stres, Uyaina alami ‘mental breakdown’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA ARSHAD

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad diserang masalah ‘mental breakdown’ yang teruk sejak beberapa hari lalu.

Dedah Uyaina atau nama lengkapnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, timbul bermacam perasaan negatif dalam dirinya seperti sedih, takut, penat dan risau meskipun dia sendiri tidak pasti punca dan perkara sebenarnya yang dirisaukannya. 

“Saya stres sampai migrain. Paling teruk bila terjaga pukul 3 hingga 4 pagi, berpeluh-peluh kemudian tidak boleh tidur sedangkan badan rasa penat sangat. Rasa diri tidak bernilai,” tulisnya dalam satu hantaran menerusi Instagramnya sebentar tadi. 

Disebabkan kejadian tersebut, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu meminta tips daripada pengikut Instagramnya tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya diri berasa tertekan. 

“Saya sangat menghargainya. Rupa-rupanya ramai yang pernah rasa lebih teruk.

“Alhamdulillah, keadaan saya bertambah baik sekarang. Apa yang saya boleh kongsikan, kita jangan menidakkan perasaan ini. Jangan halang atau pendam sendirian. Luahkan dekat orang yang kita percaya.

“Rasainya dan benarkan perasaan itu diluahkan. Ini bukan kehidupan yang teruk, tetapi cuma satu fasa. Paling penting, kita kena terima diri dan sayangi diri sendiri,” katanya lagi. 

Tambah pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu lagi, dia belajar untuk muhasabah diri dengan mensyukuri setiap nikmat yang telah dikurniakan Allah kepadanya selama ini. 

“Minda kita mainkan peranan yang sangat penting. Kalau kita fikir negatif, percayalah hidup kita akan negatif. 

“Banyak sangat nikmat Allah bagi yang patut disyukuri. Alhamdulillah. Semoga rasa negatif ini akan berlalu pergi dan diganti dengan kegembiraan yang berpanjangan. Amin,” ujar Uyaina. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI