fbpx

Pondok buluh Jimah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jimah tinggal bersendirian di pondok buluhnya di Kampung Charuk Salang, Kupang, Baling.

BALING – Seorang ibu tunggal yang tinggal di sebuah pondok buluh di Kampung Charuk Salang, Kupang di sini mengimpikan sebuah rumah yang sempurna untuk melalui kehidupan yang lebih selesa dan selamat.

Menurut Jimah Che Tam, 58, pondok berbumbungkan kain kanvas dan berdinding buluh itu dibina anak saudaranya, lima bulan lalu.

“Saya pindah ke sini selepas terpaksa berhenti kerja di sebuah kedai makan di Butterworth, Pulau Pinang kerana mengalami masalah penglihatan pada mata kiri.

“Saya pada mulanya merancang untuk membina rumah dengan wang simpanannya, namun tidak kesampaian apabila berhenti kerja,” katanya baru-baru ini.

Jimah menggunakan air tadahan hujan untuk mandi dan memba­suh.

Menurut Jimah, lantai rumahnya adalah bata yang disusun, manakala bumbung yang ditutup dengan kain kanvas pula akan bocor setiap kali hujan lebat.

Katanya, dia juga terpaksa menggunakan air tadahan hujan untuk mandi dan memba­suh, manakala air bersih yang diperoleh dari rumah jiran ha­nya untuk memasak serta dijadikan air minuman.

Ujarnya, dia kini tiada sumber pendapatan dan hanya dibantu anak perempuan tunggalnya yang telah berkahwin.

“Anak saya yang hanya suri rumah memberi saya RM50 sebulan,” katanya.

Ujarnya, beberapa pihak telah datang melihat keadaan pondoknya dan berjanji akan membantu membina rumah baharu dalam masa terdekat.

“Saya tak mahu rumah cantik, cukuplah sekadar tempat berlindung daripada hujan panas serta lengkap dengan bekalan air serta elektrik,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh menghubungi Jimah di talian 013-5192 278.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI