fbpx

‘Pintu’ Stadium Sultan Muhammad IV masih ditutup – MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA peminat bola sepak di Kelantan terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikan perlawanan di stadium kerana SOP kerajaan negeri yang tidak membenarkan penyokong untuk masuk.

PETALING JAYA – Penyokong pasukan Liga Premier, Kelantan FC dan Kelantan United masih lagi belum dibenarkan hadir ke stadium buat masa ini memandangkan kes Covid-19 di negeri itu masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan ‘pintu’ Stadium Sultan Muhammad IV masih lagi ditutup   susulan arahan daripada kerajaan negeri sekali gus menyaksikan penyokong setia di negeri itu hanya dapat menyaksikan aksi bola sepak secara atas talian.

“Ada stadium yang tidak dibenarkan lagi untuk kehadiran penyokong dan setakat ini adalah Stadium Sultan Muhammad IV kerana prosedur operasi standard (SOP) kerajaan negeri sendiri yang tidak membenarkan penyokong untuk masuk.

“Ia berikutan indeks pandemik di Kota Bharu agak meningkat dan sebab itulah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) mengambil keputusan sedemikian. Kita menghormati keputusan itu dan pasukan juga faham dengan keadaan itu,” katanya ketika ditemui pada Sesi Mesra Media di Ibu Pejabat MFL, Kelana Jaya hari ini.

Sementara itu, Ghani menyifatkan semua pasukan berjaya mematuhi semua SOP yang ditetapkan selepas penyokong dibenarkan hadir ke venue perlawanan buat pertama kali pada 2 April lepas.

“Semua venue melakukan apa yang ditetapkan dengan baik namun masih ada sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Ia mungkin perkara yang tidak dapat dielakkan atau mungkin juga atas kelalaian.

“Tetapi SOP utama seperti kemasukan penyokong, imbasan MySejahtera, penjarakan sosial di dalam stadium serta aturan keluar dapat diikuti dengan baik. Jadi saya harap ia dapat dikekalkan dan penyokong juga berdisiplin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI