fbpx

Perbicaraan kes rogol ditangguh kerana tiga saksi dikuarantin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAUL Yong Choo Kiong (kiri) keluar dari Mahkamah Tinggi Ipoh selepas perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia hari ini.

IPOH – Perbicaraan kes rogol membabitkan bekas exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong ditangguhkan pada Jun dan Julai depan selepas mahkamah dimaklumkan tiga saksi pendakwaan menjalani kuarantin kerana disahkan positif Covid-19.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menangguhkan perbicaraan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin memaklumkan perkara tersebut sejurus saksi pendakwaan kesembilan selesai memberi keterangan.

Menurut Jamil, perbicaraan tidak dapat diteruskan kerana ketiga-tiga individu itu adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang juga merupakan bukti utama pendakwaan.

“Pihak pendakwaan memohon agar kes ini ditangguh ke tarikh lain mengambil kira keadaan ketiga-tiga saksi ketika ini yang dikuarantin.

“Ketiga-tiga saksi ini bertanggungjawab ke atas rakaman CCTV yang merupakan antara bukti utama pihak pendakwaan dan tanpa mereka, kami tidak boleh memanggil saksi-saksi lain untuk menunjukkan rakaman tersebut,” katanya dalam prosiding perbicaraan hari keempat di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI