fbpx

Pelakon, penyanyi hormatilah dunia seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
NUR EMIRA SAIZALI, WARTAWAN EKSEKUTIF

SEJAK akhir-akhir ini, industri hiburan tanah air kecoh dengan suara-suara daripada pelakon dan penyanyi senior berkenaan isu disiplin pendatang baharu dalam dunia glamour.

Penyanyi dan pelakon baharu dipukul sama rata oleh mereka yang sudah lama bertapak dalam industri itu.

Masalah disiplin, tiada adab dan kurang berbakat, antara tuduhan yang dilempar terhadap mereka yang baharu membina nama sebagai anak seni.

Seorang demi seorang penggiat seni senior menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Lebih menyakitkan hati apabila ada antara mereka yang ditolak daripada tawaran drama kerana tempatnya diganti dengan pendatang baharu.

Malah, ada yang kecewa mengapa penyanyi bersuara sumbang diberikan sokongan bertali arus sedangkan prestasinya secara terang-terangan sudah gagal.

Pemuzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS berpendapat terdapat segelintir penyanyi zaman sekarang kurang tatasusila dan disiplin sebagai anak seni.

Bergelumang dalam industri seni tanah air lebih 40 tahun, Ramli melabelkan sesetengah penyanyi zaman sekarang-kurangnya rasa hormat terhadap bidang seni.

“Pada zaman Tan Sri P. Ramlee dahulu, tatasusila kehormatan mereka pada bidang seni itu sangat tinggi.

“Jika pukul 8 rakaman, setengah jam awal mereka sudah berada dalam studio, berbeza dengan penyanyi hari ini,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai penyanyi, rasa hormat pada kerjaya yang dilakukan perlu ada bagi memastikan mereka bertahan lama dalam bidang tersebut.

“Jika nyanyian dan teknikal sangat teruk, mereka boleh belajar tetapi sekiranya rasa hormat tiada, itu sangat menyedihkan.

“Tambahan pula artis zaman sekarang suka main langgar sahaja sehingga tidak tahu apa yang boleh dan tidak untuk dilakukan.

“Contohnya, Jamal Abdillah yang bertahan sehingga hari ini tiada rekod single baharu, dia hanya nyanyikan lagu-lagu lama. Dia model artis yang bagus ketika usia muda,” tuturnya lagi.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian golongan penyanyi generasi baharu termasuk Afieq Shazwan.

Memetik kata-katanya dalam Instagram, dia meminta agar tidak memukul rata semua pendatang baharu sebagai artis yang bermasalah.

“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, tetapi janganlah anggap semuanya begitu.

“Ada juga dalam kalangan kami masih menganggap diri kecil dalam industri ini dan tetap berbangga dengan mereka yang senior.

Konklusinya, isu sebegini tidak akan pernah menemui titik noktahnya selagi setiap pihak tidak memainkan peranan ma­sing-masing.

Pendatang baharu jangan angkuh dengan populariti mendadak, manakala penggiat seni senior pula usah mendabik dada dengan ilmu yang dimiliki.

Sekiranya saling berkongsi pengalaman dan ilmu, terlerailah segala persengkataan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI