fbpx

Lima kawasan daerah Pekan dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di daerah Pekan, Pahang bermula 9 sehingga 22 April ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi
kes Covid-19 Kluster Teknologi Peramu Jaya di daerah tersebut.

Menurut beliau, kluster itu melibatkan pekerja kilang yang tinggal di Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.

“KKM telah melaksanakan 495 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 67 kes positif Covid-19 telah direkodkan dari kluster ini.

“KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lima kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD itu untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti terlibat dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar. –  K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI