fbpx

Kadar zakat fitrah Melaka kekal RM7 dan RM14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Kadar zakat fitrah bagi negeri ini kekal pada kadar RM7 dan RM14 bagi umat Islam pada tahun ini.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, kadar itu diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersetuju mengekalkan kadar RM7 bagi pengguna beras Super Spesial Tempatan, manakala RM14 bagi pengguna beras jenis Super Special Import, Basmathi, Siam dan gred beras lebih tinggi.

“Pembayaran boleh dibuat melalui 1,500 amil dilantik yang terdiri dalam kalangan imam dan pegawai kakitangan di seluruh masjid.

“Walaupun pembayaran zakat fitrah itu boleh dibuat secara bersemuka, namun digalakkan dibuat menerusi kemudahan online bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya selepas Majlis Pelancaran Buku Covid-19 Melanda Negara dan Dunia di Hotel Muzaffar di Ayer Keroh di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI