fbpx

‘Fatima je boleh tarik rambut saya’ – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA dan Fattah bersama anak mereka, Fatima Aisya.

KUALA LUMPUR – “Fatima je yang boleh tarik rambut saya sambil saya ketawa.”

Demikian antara perkongsian aktres jelita, Nur Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin tentang puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya yang kini sudah mencecah usia enam bulan.

Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu mendedahkan, dia tidak mempunyai perancangan untuk mencipta akaun Instagram peribadi Fatima buat masa sekarang.

“Sebenarnya, saya sudah ‘cop’ akaun Instagram Fatima, cuma tidak siapa tahu tentang kewujudannya.

“Nanti kalau sudah sampai waktunya untuk dia punya akaun Instagram sendiri, orang akan tahu. Cuma buat masa sekarang, belum lagi waktunya,” kata Nur Fazura yang amat mementingkan privasi buat dirinya sekeluarga terutama perihal melibatkan anak sulungnya.

Kata isteri kepada aktor Fattah Amin itu lagi, kehidupan Fatima sekarang bukan untuk tontonan umum kerana dia masih lagi kecil.

“Fatima bukan ‘content’. Apa yang sedang dia jalani sekarang, saya simpan. Sesekali, saya akan kongsi dalam Instagram peribadi saya.

“Saya tidak mahu dia terlalu terdedah sini sana. Tapi saya tak nafikan sekarang, orang lebih kisahkan pasal dia. Orang dah tak pandang Fazura mahupun Fattah (ketawa),” ujarnya.

Hari ini merupakan penggambaran pertama Fatima yang diadakan di pusat beli-belah Suria KLCC. Jelasnya, hari ini juga merupakan bayaran pertama buat anaknya yang membuat penampilan umum.

“Di Suria KLCC ini projek istimewa. Tiadalah semua ‘job’ untuk Fatima kita akan ‘sauk’. Hari ini pertama kali dia pergi pusat beli-belah. Dia teruja dan tertawa semua.

“Hari ini juga cek pertama dia dapat. Saya dan Fattah dah bukak akaun bank untuk dia. Untuk kegunaan dia nanti kalau dah besar nak sambung belajar luar negara dan benda-benda begitu. Untuk masa depannya senang cerita,” katanya.

Nur Fazura, 38, dan Fattah, 31, berkahwin pada sebuah majlis pernikahan yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat pada 27 November 2017. Mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.

Terdahulu, Nur Fazura mendedahkan wajah anaknya buat kali pertama sekitar awal Januari lalu dan memaklumkan rutin hidupnya berubah 360 darjah selepas bergelar seorang ibu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI