Beberapa hari lalu, mata Mizz Lahar kerap kali terpandang sekeping gambar milik Datin Paduka Eina Azman lalu dalam Instagram.
Terkesima sebentar melihat bentuk badan Eina, seperti anak dara, tak macam mak beranak dua.
Pedih hati melihat saiz badannya yang boleh diibaratkan seperti kerengga, ramping sungguh.
Lebih menarik perhatian ramai dan membuatkan Mizz Lahar hanya mampu telan air liur apabila Eina memberitahu bahawa saiz badannya sama seperti sehelai kertas bersaiz A4.
“Mesti sama ukuran badan dengan kertas A4,” tulis seorang netizen.
“Ya! Sudah cuba,” balas Eina.
Selain itu, dia juga menegaskan badannya ‘original’ dan tidak melakukan sebarang pembedahan, hanya dengan senaman. Untunglah!
Memang dengki sungguh hati melihat bentuk badan cantik Eina. Mungkin kita semua perlu makan nasi dua kali sebulan sahaja selepas ini untuk dapatkan saiz begitu, kan?
MIZZ LAHAR: Akhirnya penyanyi dan pengacara Elly Mazlein sahkan dia kini berbadan dua. Ramai juga selebriti wanita hamil, mungkin bayi PKP juga?