fbpx

Aura fesyen, fotografi G-Dragon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
G-DRAGON

SELEPAS sekian lama, penyanyi popular G-Dragon tampil istimewa menjadi wajah penghias muka depan majalah Dazed Korea edisi keluaran April sempena sambutannya ke-13 tahun.

Menerusi keluaran tersebut, Dazed menerbitkan sebanyak lapan muka depan penyanyi terkenal itu yang turut diselitkan dengan artikel mengenai muzik dan fesyen, dua perkara yang menjadi simbolik paling sinonim dengan G-Dragon.

Ramai peminat menyuarakan keterujaan kerana kebanyakan gambar yang dipaparkan dalam majalah berkenaan menonjolkan aura penyanyi kumpulan Big Bang itu dengan identiti sendiri.

Berbanding kebanyakan wajah penghias lain yang menggayakan fesyen dalam majalah, G-Dragon disifatkan artis berkarisma kerana mencipta stail sendiri.

Dia kekal relevan dalam industri menerusi penglibatan dengan fesyen sejak beberapa tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI