fbpx

AS rancang boikot temasya di Beijing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERAJAAN China dilaporkan sudah membuat persiapan untuk menganjurkan temasya Olimpik Musim Sejuk 2022 di mana Beijing bakal menjadi tuan rumah. – AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan kepada China apabila menegaskan pihaknya akan membincangkan mengenai seruan bersama rakan sekutunya untuk memboikot temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dengan alasan hak asasi manusia.

Jurucakap Setiausaha Kerajaan Negeri AS, Ned Price berkata, pihaknya akan melakukan perbincangan dalam tempoh terdekat untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Ini adalah sesuatu yang pasti kami akan bincangkan. Kami faham pendekatan yang kami lakukan ini bukan untuk kepentingan AS sahaja malah juga kepada sekutu kami,” kata Price ketika ditanya adakah AS akan mempertimbangkan untuk memboikot Sukan Olimpik bersama sekutunya.

Aktivis dan ahli politik dari blok Republikan sering menuntut untuk memboikot temasya itu ekoran pelanggaran hak asasi manusia terutama pelaksanaan pembersihan etnik ke atas penduduk Uighur Islam di Xinjiang.

Pentadbiran Presiden Joe Biden dikatakan telah berulang kali membuka pintu untuk memboikot Olimpik Musim Sejuk Beijing, namun masih belum me­ngumumkan arahan tegas untuk tujuan berkenaan.

Sebelum ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyelar negara-negara yang mahu memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dengan menyatakan tindakan itu tidak masuk akal.

Pada 1980, Amerika Syarikat pernah memimpin memboikot Sukan Olimpik Moscow selepas pencerobohan Soviet ke Afghanistan dan sebagai pembalasan, blok Soviet memboikot Sukan Olimpik di Los Angeles empat tahun kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI