fbpx

2,000 penonton boleh saksi perlawanan di Stadium Bandaraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lip Chee (tiga dari kiri) pada sidang akhbar di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Peminat bola sepak di negeri ini kini boleh menyaksikan perlawanan di Stadium Bandaraya apabila perlawanan pertama dibenarkan dengan kehadiran penonton ketika pandemik Covid-19 yang berlangsung Ahad ini.

Saingan Liga Super musim ini itu bakal menyaksikan perlawanan di antara Penang FC menentang Sabah FC.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, hanya 2,000 penonton dibenarkan menyaksikan perlawanan itu selaras dengan ketetapan 10 peratus kapasiti stadium yang dibuat Kementerian Belia dan Sukan.

“Kelulusan itu juga termaktub kepada syarat-syarat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Malaysia Football League (MFL).

“Antara SOP yang digariskan termasuklah pembelian tiket secara online dengan setiap individu hanya boleh membeli dua keping tiket dan tidak boleh dipindah milik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Perlawanan di antara Penang FC dan Sabah FC sepatutnya dijadual esok, namun dipinda ke Ahad ini atas permintaan pasukan Sabah yang berdepan isu penerbangan ke Semenanjung.

Beliau berkata, tiket boleh dibeli di https://tickethotline.com.my/ dengan tiket grand stand terbuka atau tidak berbumbung (Zon B dan C) dijual pada harga RM25 manakala tempat duduk tangga batu (Zon A dan D) berharga RM20.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI