fbpx

15 PATI ditahan guna surat rentas negeri palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sik Choon Foo (kiri) menunjukkan surat kebenaran rentas negeri palsu yang dibawa pendatang asing tanpa izin semasa sekatan jalan raya Kampung Tanah Putih, Gua Musang Isnin lalu. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seramai 15 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita ditahan selepas mereka dikesan menggunakan surat kebenaran palsu untuk merentas negeri dengan menaiki bas ekspres di sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanah Putih di sini pada Isnin lalu.

Dalam tangkapan pada pukul 3 petang itu, kesemua suspek warga Myanmar menaiki bas ekspres dan mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Rantau Panjang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan polis turut mendapati PATI yang berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah di negara ini.

Katanya, anggota polis bertugas di SJR berkenaan berasa curiga selepas warga asing berkenaan mengemukakan surat kebenaran merentas negeri dengan membuat salinan surat yang sama.

“Hasil pemeriksaan mendapati, lima warga asing itu telah menggunakan surat merentas negeri yang palsu manakala 10 lagi tidak memiliki surat berkenaan.

“Mereka dipercayai membeli tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur dan ingin pulang ke negara asal mereka melalui sempadan Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini hari ini.

Choon Foo berkata, kesemua PATI ditahan reman bermula Isnin sehingga 19 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 420 kanun keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI