PUTRAJAYA – Sebanyak 1,285 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 355,753 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor kembali merekodkan angka tertinggi sebanyak 374 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 211 kes dan Pulau Pinang sebanyak 162 kes.
“Seterusnya ialah Kuala Lumpur (120 kes), Sabah (106 kes), Johor (101 kes), Kelantan (87 kes), Kedah (31 kes), Perak (24 kes), Putrajaya (19 kes), Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing 12 kes) serta Melaka dan Terengganu (masing-masing 11 kes).
“Dalam pada itu, Labuan pula merekodkan tiga kes baharu dan Perlis mencatatkan satu kes positif hari ini,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE