fbpx

Tindakan bakal dikenakan jika gagal guna e-wallet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah (tengah) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada pemandu teksi dan bas sekolah pada program Bingkisan Mesra Selangor di Dataran BBST Walk Sepang hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang gagal menggunakan pembayaran secara dalam talian (e-wallet) bagi urusan jual beli.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, pihaknya berharap supaya sejumlah kira-kira 300,000 IKS yang berdaftar dengan kerajaan akan menggunakan aplikasi itu akhir tahun ini, seperti yang disasarkan.

“Bagaimanapun tindakan ini belum lagi diputuskan, namun sekiranya pergerakan peniaga IKS agak perlahan, mungkin tindakan penguatkuasan akan terus dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Program Bingkisan Mesra Selangor dan Penyerahan Bakul Makanan kepada pemandu teksi dan bas sekolah di Dataran Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) Walk di sini, hari ini.

Rodziah berkata, kerajaan negeri telah melancarkan penggunaan e-wallet pada tahun 2019 namun mendapati ia kurang mendapat sambutan.

Untuk itu, kata Rodziah, pihaknya akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan seluruh peniaga IKS di Selangor patuh pada dasar tersebut memandangkan kaedah itu antara dapat meminimumkan sentuhan semasa jual beli seterusnya dapat mengurangkan risiko penularan Covid-19.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI