fbpx

Satu maut, tiga cedera hidu gas ammonia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang maut manakala tiga lagi cedera apabila terhidu bau gas ammonia di atas sebuah kapal MV Hamburg DW kejadian kira-kira 0.7 batu nautika barat daya Pulau Selat Kering, malam tadi.

Kesemua mangsa lelaki dikenali Kara Turkut yang merupakan warga Turki berusia 62 tahun maut manakala cedera adalah dua rakan senegaranya iaitu Dagli Murat, 32 dan Bayri Emre,28 serta seorang warga India, Yadav Byasmuni, 50.

Pengarah Maritim Malaysia ( APMM ) Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.55 malam dengan kapal tersebut membawa gas LNG.

Katanya, kapal berkenaan yang membawa 25 krew kapal dalam perjalanan ke Pelabuhan Zhanjiang, China dari Pelabuhan Al Duqum di Oman.

“Siasatan awal mendapati sistem perpaipan kapal tersebut bocor yang seterusnya menyebabkan gas ammonia terdedah.

“Bot Pengawal 26 dengan 18 anggota dan pegawai termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Bomba Selangor telah digerakkan bersama ke lokasi bagi mengambil kesemua mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, bot yang membawa mangsa kemudiannya tiba di jeti Pasukan Polis Marin ( PPM ) Pelabuhan Klang kira-kira pukul 7.20 pagi tadi.

Mohammad Rosli menambah, kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) untuk tindakan selanjutnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI