fbpx

Sarjan Norihan sudah kembali bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal menyampaikan sumbangan kepada Sarjan Norihan semasa melawat ke Batalion 3 PGA Senoi Praaq di Tapah hari ini.

TAPAH – Wira Senoi Praaq, Sarjan Norihan Tari, 39, kini sudah semakin pulih apabila telah menyarung seragam celoreng hijau yang ditinggalkan sementara dan mula kembali bertugas.

Beliau kini ditugaskan sebagai sarjan pentadbiran bekalan di Kompeni A, Batalion 3 PGA Senoi Praaq Kem Bidor di sini sejak 1 Mac lalu.

Sebelum ini beliau merupakan anggota infantri iaitu sebagai sebahagian daripada pasukan tempur dan anggota penjejak dalam kompeni yang sama.

Bagaimana pun, kesan pembedahan kecederaan akibat ditembak musuh menyebabkan pergerakan Norihan agak terbatas kerana cepat letih selain dinasihatkan doktor tidak membuat kerja-kerja berat.

Hanya sebutir peluru berdekatan paru-paru dikeluarkan semasa menjalani pembedahan manakala dua lagi butir peluru yang menembusi tulang belakang pada bahagian pinggul tidak dapat dikeluarkan kerana bimbang boleh menyebabkan lumpuh.

Sarjan Norihan ketika ditemui di kem tersebut memberitahu, beliau masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Pada Jun nanti saya akan kembali ke HPP untuk pemeriksaan susulan bagi doktor melihat kedudukan dua butir peluru yang masih ada pada tulang belakang.

“Doktor memberitahu, sekiranya kedudukan peluru ini tidak berubah ia okey tetapi jika berubah maka doktor akan tentukan apa langkah seterusnya, pembedahan atau tak,” katanya selepas menerima sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang melawat ke kem tersebut semalam.

Dalam kejadian pukul 3.10 pagi pada 24 November lalu, Norihan dan mendiang Sarjan Baharuddin, 54, berbalas tembakan dengan penyeludup sewaktu melakukan rondaan Ops Benteng berhampiran pos TS9 Padang Besar, Perlis.

Bagaimanapun, Baharuddin terkorban selepas ditembak di perut, manakala Norihan yang turut terkena tembakan sempat berlari sejauh 1.2 kilometer untuk mendapatkan bantuan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI