fbpx

Pusat Pakaian Hari-Hari taja Liga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI (dua dari kiri) menghadiri majlis memeterai perjanjian bersama Pusat Pakaian Hari-Hari sebagai penaja bersama Liga M di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. – FB MFL

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) musim ini dijangka lebih meriah apabila syarikat peruncit fesyen terkenal, Pusat Pakaian Hari-Hari menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Football League (MFL).

Perjanjian selama setahun dengan jumlah tajaan bernilai RM500,000 itu sekali gus akan menyaksikan Pusat Pakaian Hari-Hari akan menjadi penaja bersama dalam saingan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia serta Piala Cabaran.

Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari, Syed Mohamed Sani Syed Kamarullbahrim berkata, meskipun berdepan pandemik Covid-19, namun pihaknya tetap tampil memberikan tajaan bagi memastikan kelangsungan saingan bola sepak negara.

“Sebenarnya, sebelum ini memang kita sudah terlibat dengan penajaan dan sumbangan dalam bola sepak, bagaimanapun ia sekadar di peringkat akar umbi.

“Justeru, kerjasama dengan MFL boleh dianggap sebagai satu sejarah untuk kami kerana ini adalah kali pertama Pusat Pakaian Hari-Hari terlibat dengan saingan di peringkat senior,” katanya pada majlis memeterai perjanjian di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan serta Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, Mustaza Ahmad dan Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar.

Sementara itu, seorang lagi Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari, Amilludin Latip berharap inisiatif yang dilakukan pihaknya mampu menarik lebih banyak syarikat untuk tampil memberi sokongan kepada Liga Malaysia.

“Semua sedia maklum bola sepak adalah sukan yang paling diminati di seluruh negara, jadi kami ambil inisiatif ini untuk tampil memberikan tajaan walaupun kita sedang berdepan Covid-19.

“Oleh itu, saya harap kerjasama ini mampu menjadi contoh kepada syarikat-syarikat di luar sana supaya tampil untuk menyertai keluarga MFL,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI