fbpx

Pusat kumpul kelapa sawit diserbu manipulasi alat timbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP Selangor memeriksa alat timbang sukat di pusat pengumpulan kelapa sawit di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Ketamakan sebuah pusat mengumpulan dan pembelian kelapa sawit mengaut untung berlebihan dengan memanipulasi alat timbangan buah itu terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa di Kampung Sungai Yu, hari ini.

Serbuan dilakukan pukul 10 pagi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Difahamkan pusat pengumpulan itu meletakkan sukatan timbangan lebih rendah ke atas lori pengangkut sawit berbanding jumlah berat sebenar.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, Ops Timbang Sawit itu dilakukan hasil maklumat dan intipan pihaknya berkaitan kewujudan isu penipuan timbangan buah kelapa sawit sejak setahun lalu.

Katanya, ini berikutan bagi mengelakkan syarikat itu rugi susulan kenaikan harga kelapa sawit. Harga bagi satu tan metrik dibeli oleh pusat pengumpulan itu adalah RM720.

“Siasatan awal mendapati premis itu memanipulasi alat timbang dengan mengurangkan lima peratus berat sawit iaitu sehingga 250 kilogram (kg).

“Sistem sukatan secara elektronik itu sekali gus mengakibatkan bayaran kepada pekebun kecil lebih rendah berbanding jumlah sebenar,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI