fbpx

Pilihan Raya Kampus PSA secara talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Hal Ehwal Pelajar PSA sedang memantau proses membuang undi secara dalam talian.

SHAH ALAM – Seramai 84.66 peratus daripada 3,932 orang pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) hari ini.

Unit Komunikasi Korporat (UKK) PSA dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan kesemua mereka membuang undi menerusi norma baharu iaitu dalam talian bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

“Bagi tujuan ini, PSA telah membangunkan sistem e-Voting yang dikenali sebagai Activity Tracking System (ATS) bagi memudahkan perjalanan proses membuang undi.

“Langkah ini susulan pandemik Covid-19 yang masih berada pada tahap membimbangkan khususnya di negeri ini. Selain itu, memanfaatkan perkembangan teknologi semasa untuk kemudahan warga kampus,” katanya.

UKK PSA turut memaklumkan PRK kali ini melibatkan seramai 32 calon merebut 15 kerusi yang dipertandingkan bagi memilih Jawatankuasa Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2021.

“Selepas PRK diadakan, semua calon yang layak akan menghadiri Bengkel Kepimpinan bagi mempersiapkan mereka sebagai pemimpin yang berwibawa dan mempunyai hala tuju yang sama.

“Hasil daripada bengkel tersebut, panel penilai akan melantik calon yang sesuai bagi mengetuai barisan kepimpinan MPP,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI