fbpx

PATI terjun tingkat tiga elak dicekup pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh patah kaki kanan selepas nekad terjun dari tingkat tiga bangunan ketika cuba melarikan diri pihak berkuasa hari ini.

Mangsa berusia 30-an tanpa dokumen pengenalan diri itu telah diberi rawatan awal oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pemeriksaan dijalankan berdasarkan aduan dan maklumat awal yang disalurkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tentang penyalahgunaan pas serta tidak mempunyai permit atau dokumen yang sah yang membawa kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam serbuan itu seramai 329 pekerja asing telah diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara. Seramai 269 warga asing telah ditahan dalam operasi itu terdiri daripada 191 lelaki Bangladesh, 44 lelaki dan 13 wanita warga Indonesia, 18 lelaki dan seorang wanita Myanmar serta dua wanita Vietnam.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. Operasi penguatkuasaan akan diteruskan untuk mengesan warga asing yang melanggar peraturan,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, hasil pemeriksaan di lokasi juga mendapati pekerja-pekerja tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta permit dan pas yang sah.

“Terdapat juga beberapa pekerja yang menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang sedia ada selain ada beberapa subkontraktor menggunakan pekerja asing yang mempunyai PLKS dari sektor-sektor yang berbeza dan syarikat berlainan.

“Kesemua tahanan bagi operasi tersebut akan ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan dan Depoh Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor,” ujarnya.

Katanya kesemua tahanan akan dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya (PKD) dan PKD Seremban 2 untuk menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

“JIM amat memandang serius dan akan mengenakan tindakan yang setimpal terhadap pemilik atau majikan yang mengajikan warganegara asing tanpa dokumen dan PLKS yang sah serta dengan sengaja memberi perlindungan pada pekerja asing yang telah melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI