fbpx

Larangan tazkirah semasa tarawih perlu dilihat secara positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Larangan tazkirah ketika solat tarawih bagi membendung penularan pandemik Covid-19 ketika ini perlu dilihat secara positif dan tidak wajar dipertikaikan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Mohd Noor berkata, keputusan yang dibuat ketika mesyuarat jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman baru-baru ini itu adalah bertujuan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadat solat sunat tersebut.

“Menyampaikan tazkirah sewaktu solat tarawih bukanlah suatu amalan yang wajib dan ia boleh dilakukan pada waktu-waktu lain yang lebih sesuai.

“Tazkirah masih dibenarkan diadakan pada waktu-waktu lain seperti selepas solat subuh, waktu duha, selepas solat zuhur dan sebagainya sepanjang Ramadan ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang mendakwa ketiadaan takzirah semasa solat tarawih adalah disebabkan oleh pengaruh DAP di negeri ini.

Menurutnya, umat Islam perlu diingatkan bahawa tazkirah sewaktu solat tarawih bukanlah satu amalan sunnah.

Malah katanya, amalan itu tidak pernah dilakukan oleh umat Islam pada zaman Rasulullah S.A.W., sahabat dan tabi’in yang dianggap sebagai generasi-generasi terbaik yang seharusnya menjadi ikutan umat Islam.

“Umat Islam sepatutnya mengambil peluang daripada kehadiran bulan yang mulia ini dengan mengerjakan ibadat sebanyak mungkin terutamanya menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadat qiyamullail, membaca al-Quran, zikir dan sebagainya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI