fbpx

Laporan palsu elak bayar denda buat MyKad baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Tindakan seorang lelaki membuat laporan polis palsu dirinya disamun bagi mengelak dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana kehilangan MyKad mengundang padah apabila dia ditahan polis di Kepala Batas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, penganggur berusia 35 tahun itu membuat laporan polis pada Januari lalu di Balai Polis Mak Mandin, Butterworth di sini mendakwa dia disamun dua lelaki.

“Suspek mendakwa dia disamun di kawasan Taman Dedap, Butterworth sehingga kehilangan kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM2,400.

“Bagaimanapun, siasatan ke atas suspek mendapati dia membuat laporan sedemikian kerana takut didenda JPN kerana kehilangan MyKad kali kedua dan dia tiada wang untuk membayar denda tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan JPN mengenakan denda sebanyak RM310 bagi kehilangan MyKad kali kedua.

Suspek yang memiliki dua rekod jenayah termasuk satu kes narkotik itu disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI