PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti atau KD mengucapkan rasa syukur atas perkahwinan puterinya, Aurel Hermansyah bersama YouTuber Atta Halilintar baru-baru ini.
Pelantun lagu Menghitung Hari itu berkata, dia bersyukur dan terharu selepas majlis pernikahan anaknya berjalan lancar dan turut dihadiri tetamu istimewa iaitu pemerintah Indonesia, Presiden Jokowi dan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kehadiran saksi dan wali yang luar biasa,” ujarnya.
Tidak lupa jika, Krisdayanti turut menyampaikan rasa terima kasih kepada pemimpin nombor satu Indonesia itu kerana sudi hadir dan menjadi saksi majlis pernikahan anaknya.
“Saya ucapkan terima kasih kepada beliau (Jokowi) kerana hadir ke majlis pernikahan anak saya dan menyampaikan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin.
“Saya berasa sangat senang dan gembira mendengarnya,” kata Krisdayanti.