fbpx

Hina Agong, pemandu e-hailing didenda lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sufazrin Amin keluar dari Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas selesai membayar denda.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing yang sebelum ini didenda RM16,000 kerana membuat komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tahun lalu, didenda lagi RM7,000 atas kesalahan sama di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Sufazrin Amin Ismail, 27, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan  Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara enam bulan  sekiranya gagal membayar jumlah denda itu. OKS membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Sufazrin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti orang lain melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil  “Fazr Ismail”.

Hantaran dibuat di antara pukul 1.55 petang pada 6 Januari 2020 yang  kemudian dibaca pada 8 Januari 2020 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini,

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu Sufazrin yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan termasuk mengakui menyesal dengan apa yang telah dilakukan.

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia..saya insaf dan kesal serta berjanji tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran terhadap OKS.

“Meskipun bebas bersuara tetapi institusi Raja di negera ini harus dihormati,” kata Noor Dayana.

Pada Ogos tahun lalu, Sufazrin pernah didenda RM16,000 oleh mahkamah sama kerana membuat empat hantaran komunikasi menghina Yang di-Pertuan Agong. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI