PETALING JAYA – Pasukan Petaling Jaya City (PJ City) menarik nafas lega selepas mengutip satu mata berharga selepas seri 2-2 ketika berdepan Kuala Lumpur City (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Meskipun ketinggalan 1-2 namun skuad kendalian P. Maniam menggunakan peluang sebaik mungkin selepas pasukan KL City terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila Nik Shahrul Azim diarah keluar padang pada minit ke-60 selepas menerima kad kuning kedua.
Dibarisi sepenuhnya pemain tempatan, PJ City membuktikan mereka bukan lawan yang mudah untuk ditumpaskan oleh mana-mana pasukan lain dalam liga dengan memiliki lima tenaga import.
Ketika KL City yang ketika itu sudah diambang kemenangan, pasukan kendalian PJ City, P.Maniam mengarahkan anak buahnya melakukan serangan bertali arus.
Penyerang sensasi PJ City, R. Kogileswaran diangkat sebagai wira apabila memusnahkan harapan KL City untuk membawa pulang tiga mata berharga apabila meledak gol
pada minit terakhir perlawanan. K! ONLINE.