fbpx

Fifie azam kebangkitan di Tangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIFIE menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan pada aksi pusingan kedua kelmarin dan bertekad untuk memperbaiki kedudukan di Tangkak, Mei nanti.

Oleh SITI NURHEZZATY MOHAMAD HAMDAN

PELUMBA pasukan Tuneboss-Pink Racing, Siti Norafizah Muhammad bertekad untuk bangkit pada perlumbaan pusingan ketiga nanti yang berlangsung di Litar Tangkak Johor selepas ini.

Pada perlumbaan pusingan kedua yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Utara) kelmarin, dia sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan biarpun cemerlang pada peringkat pertama dengan me­raih tempat kelima.

Bagaimanapun, Siti Norafizah atau lebih dikenali sebagai Fifie bersama rakan sepasukannya dalam kategori CP125, Harith Farhan Baharin berjaya menamatkan kedua-dua peringkat perlumbaan di dalam kelompok 10 pelumba terbaik.

Pada perlumbaan yang berlangsung kelmarin, Fifie berjaya menembusi kelompok lima terbaik pada satu ketika, namun tidak dapat mengekalkan rentak dan terpaksa berpuas hati di posisi berkenaan.

Bagaimanapun, keputusan itu langsung tidak membuatkan Fifie kecewa dan berputus asa, malah ia membakar sema­ngatnya untuk bangkit mengejar podium pertamanya musim ini di Tangkak yang akan berlangsung 23 Mei nanti.

“Dengan tempoh berbaki sebulan untuk aksi pusingan ketiga sudah pasti akan digunakan sepenuhnya melakukan latihan sebaik mungkin bagi mengatasi kekurangan yang berlaku pada perlumbaan kali ini.

“Memandangkan kategori CP125 ini merupakan pengalaman saya yang kedua, saya perlu banyak lagi belajar strategi perlumbaan supaya boleh kekal di kedudukan terbaik,” katanya.

Selepas dua pusingan, Fifie kini berada di kedudukan keenam terbaik selepas me­ngumpul 16 mata, manakala rakan sepasukannya Harith berada di kedudukan kesembilan dengan 14 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI