fbpx

Anggota TLDM buat tuntutan palsu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota TLDM ditahan SPRM Johor selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Johor, Johor Bahru hari ini kerana disyaki membuat tuntutan palsu.

JOHOR BAHRU – Seorang Ketua Cawangan Logistik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai membuat tuntutan palsu.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, di sini pada pukul 10 pagi, hari ini.

Menurutnya, suspek yang merupakan Ketua Cawangan Logistik ZA20 di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM Sungai Lunchu itu telah bersubahat dan memperakukan pesanan kerajaan.

“Suspek seterusnya mengemukakan tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan mencetak beg kertas dan perkhidmatan mencetak banner kepada Markas KD Sultan Ismail, Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM Tanjung Pengelih, Mukim Pengerang, Kota Tinggi berjumlah RM24,250 sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dibuat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun,”katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias yang dihubungi pemberita mengesahkan tangkapan tersebut.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI