fbpx

AgroBank, MTDC lahir 200 usahawan pertanian pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (tengah) menyaksikan MoU antara Khadijah (depan kiri) dan Norhalim Yunus (depan kanan) pada Majlis Menandatangani MoU antara Agrobank dan MTDC di Wisma Tani hari ini. - foto : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seramai 200 usahawan pertanian teknologi pintar bakal dilahirkan menerusi program kolaborasi antara Agrobank dan Malaysian Technology Development Corp. (MTDC).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, setiap peserta dalam fasa pertama tersebut akan menerima pembiayaan maksimum RM100,000.

“Menerusi kerjasama ini, peserta daripada sektor pertanian yang dikenal pasti MTDC akan menerima pembiayaan kewangan daripada Agrobank berjumlah RM20 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pemeteraian persefahaman kolaborasi antara Agrobank dan MTDC di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, usahawan terlibat akan dibimbing dan diberikan bantuan teknikal menerusi cabang MTDC, Technopreneur Training Academy (Tentra) untuk latihan.

“Mereka juga dibantu Centre of 9 Pillars (Co9P) di MTDC bersama jurulatih berpengalaman bagi setiap latihan dan keperluan solusi amalan teknologi revolusi industri 4.0,” jelas beliau.

Beliau berkata, inisiatif terbaharu itu sejajar amalan pertanian moden dan pintar masa depan dengan bakal usahawan akan diperkenalkan kepada penggunaan robot dan teknologi automasi. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI