fbpx

Uqasha menawan pakai baju merisik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UQASHA SENROSE

PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose menarik perhatian ramai menerusi perkongsian gambar-gambar majlis merisik yang cukup jelita.

Hantaran itu bukan sahaja mendapat pujian daripada kekasih hatinya, pelakon Kamal Adli bahkan rakan-rakan dalam industri seni tanah air.

Mengenakan baju kurung Pahang rekaan pereka fesyen terkemuka tanah air, Shanell Harun, ramai memuji kejelitaannya berbusana elegan, namun tetap penuh sopan.

Ramai menjangkakan busana yang akan digayakan Uqasha pada majlis pernikahannya nanti akan lebih memukau di sisi Kamal Adli.

Selain peminat, antara rakan selebriti lain yang mening­galkan komen positif dalam perkongsian termasuklah Fasha Sandha, Azira Shafinaz dan Adeline Tsen.

“Yang paling cantik (berserta emoji cinta berbentuk hati), Usha (nama timangan bagi Uqasha),” tulis Fasha.

“Cantik sangat, macam anak patung,” tulis pelakon Elizad Sharifuddin.

Dalam perkongsian terbaharunya juga, Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut membiarkan netizen terus berteka-teki tentang statusnya terbaharunya: “I’m someone’s….? Fill in the blank (isi ruang kosong).”

BAJU kurung Pahang yang dipakai Uqasha Senrose mendapat pujian ramai.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata menulis perkataan ‘fiancee’ bererti tunang sebagai mengisi tempat kosong pada status Uqasha tersebut.

Terdahulu pada Ahad lalu, Kosmo! melaporkan Uqasha dan Kamal dikhabarkan telah menerima kunjungan merisik daripada keluarga Kamal dalam sebuah majlis yang diadakan sebuah hotel di ibu negara.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instastory adik tiri kepada aktres tersebut yang juga pelakon, Raysha Rizrose, kelihatan Uqasha mengenakan sepasang busana berona putih yang indah ketika bergambar bersama adiknya.

“Finally (akhirnya),” tulis Raysha sambil turut memberikan emoji cincin dan lambang hati.

Menerusi hantaran berbeza, kelihatan pelakon drama Pe­rempuan Tanpa Dosa itu terlihat gembira sambil menunjukkan cincin berlian di jarinya ketika bergambar beramai-ramai dengan ahli keluarga.

Raysha bagaimanapun ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, majlis yang dibuat merupakan majlis merisik dan bukannya majlis pertunangan.

Kosmo! pada 31 Mac lalu melaporkan bahawa Uqasha dan Kamal menetapkan untuk bernikah di sebuah pusat peranginan tanah tinggi, namun memilih untuk tidak mendedahkan tarikh pernikahan sehingga benar-benar muktamad. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI