fbpx

92 individu ‘degil’ ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiada penjarakan fizikal dan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran antara kesalahan paling tinggi dicatatkan dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua kesalahan itu mencatatkan 43 dan 21 kes.

Katanya, turut dikesan dalam operasi semalam adalah kesalahan gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (21), tidak memakai pelitup muka (5) dan premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (2).

“Secara keseluruhan, operasi ingkar SOP semalam telah menahan 92 individu dan daripada jumlah itu, 88 orang dikompaun manakala empat lagi direman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai Op Benteng semalam, Ismail Sabri memaklumkan, seramai 43 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan dan tiga buah kenderaan darat telah dirampas.

“Sebanyak 153 buah bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui 11 aktiviti penglihatan, manakala tiga orang PATI diusir melalui dua aktiviti pengusiran,” jelas beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI