fbpx

10 tahun air kena catu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA menunjukkan tong yang biasa digunakan penduduk untuk menyimpan air sekiranya berlaku keputusan bekalan.

KOTA TINGGI – Kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal di 20 penempatan di Dewan Undangan Negeri Sedili, di sini hidup ‘menderita’ apabila terpaksa berdepan dengan isu bekalan air bersih lebih 10 tahun lalu.

Gangguan bekalan keperluan asas itu dialami penduduk Tanjung Sedili dan 15 kampung yang terdapat di kawasan tersebut termasuk Kampung Mawai, Felda Aping Timur, Felda Aping Barat, Kampung Selangi serta Perani.

Menurut salah seorang penduduk, Rozita A. Manap, gangguan bekalan air mendatangkan kesukaran kepada penduduk untuk melakukan aktiviti kehidupan harian.

Katanya, setiap tahun pasti akan berlaku catuan air sebanyak dua hingga tiga kali, iaitu pada awal tahun dan pertengahan tahun.

“Pergilah ke mana-mana rumah di Sedili ini, pasti akan dapat lihat tong-tong air yang dibeli untuk menyimpan air.

“Tambahan pula tidak lama lagi bulan Ramadan akan tiba, seterusnya Syawal. Boleh dikatakan setiap kali Aidilfitri kami di sini akan ‘mengerjakan’ pinggan mangkuk kotor tanpa bekalan air mencukupi.

“Tolonglah buat sesuatu, kami letih isu ini masih tidak berakhir,” katanya ketika ditemui pembe­rita di Kampung Sayang, di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk terkesan, Mohd. Hadi Mohd. Salleh, 50, berkata, berdasarkan pengamatannya, paras air loji Sungai Gembut yang terletak berdekatan tidaklah membimbangkan seperti ketika musim kemarau yang lalu.

Dia yang merupakan seorang penternak berkata, tindakan mencatu air tidak releven ketika paras air masih banyak di kawasan loji lebih-lebih lagi pada musim hujan sekarang.

“Saya tinggal di Kampung Mawai dan isu ini memang sudah lama. Banyak usaha hendak dilakukan berkenaan isu air ini namun sehingga kini tiada sebarang hasil.

“Mujurlah untuk ternakan saya boleh beri air kolam sahaja. Namun penduduk perlukan sumber air yang konsisten dan bersih untuk kegunaan harian,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI