fbpx

Wang tunai RM3.5 juta dirampas, aset mewah disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aset mewah milik ketua sindiket kartel monopoli tender kerajaan yang disita SPRM.

PUTRAJAYA – Wang tunai berjumlah RM3.5 juta ditemui disimpan oleh ketua sindiket yang bergelar Datuk ditemui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam serbuan di rumah suspek semalam.

Selain itu, kenderaan mewah bernilai RM15.7 juta berserta nilai hartanah termasuk banglo, rumah kedai, pejabat bernilai RM29 juta turut disita dalam serbuan yang dilakukan SPRM sejak semalam.

Antara aset mewah milik ketua sindiket kartel monopoli tender kerajaan yang disita SPRM.

Menurut sumber, sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan dalam siasatan kes kartel projek.

Kosmo! hari ini melaporkan kegiatan haram sekumpulan tujuh lelaki terlibat dengan satu sindiket kartel projek-projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion sejak 2014 terbongkar apabila semua termasuk ketua diberkas SPRM semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN