fbpx

Sukarelawan Mercy Malaysia bantu tingkat kesedaran vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Aishah Rohani (kanan) berkenaan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Perubatan kepada Dr Ahmad sempena Majlis Konvokesyen ke-18 USIM (Sidang Pertama) di Dewan Tuanku Canselor, di sini, tadi.

SEREMBAN – Sukarelawan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) kini sedang giat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, secara keseluruhannya, terdapat 7,000 sukarelawan yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu sukarelawan yang mempunyai latar belakang perubatan dan kesihatan serta kumpulan yang tidak mempunyai latar belakang perubatan dan kesihatan.

Menurutnya, kedua-duanya sama penting dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat di pelbagai peringkat termasuklah di Sabah dan Sarawak mengenai kepentingan untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Di sinilah kita memerlukan individu dari pelbagai latar belakang, tidak semestinya doktor dan jururawat sebab kadang kala bahasa yang kita nak gunakan untuk sampai kepada masyarakat yang terpinggir terutamanya perlu bahasa yang lebih mudah difahami.

“Program vaksinansi ini bukan hanya menjadi cabaran di Malaysia… ada sesetengah tempat masih sangat rendah untuk kadar pendaftaran program vaksinasi.

“Kita akan cuba bantu pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam usaha mengarusperdanakan maklumat dan kesedaran keperluan vaksinasi Covid-19,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen ke-18 USIM (Sidang Pertama) di Dewan Tuanku Canselor, di sini, tadi.

Pada majlis berkenaan, Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenaan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Perubatan kepada Dr Ahmad.

Turut hadir Pro Canselor USIM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

Dr Ahmad berkata, sejak Februari tahun lalu, iaitu sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, Mercy Malaysia iaitu sebuah badan kemanusiaan antarabangsa telah mengambil keputusan untuk menumpukan sebahagian besar usaha bantuan di dalam negara.

“Sepanjang setahun lebih ini, Mercy Malaysia telah menyumbangkan sekitar RM45 juga dalam bentuan bantuan fizikal ataupun barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), alat penafasan dan sebagainya.

“Mercy Malaysia masih meneruskan program bantuan di negara lain seperti di Myanmar, Bangladesh, Syria dan Yaman walaupun ada kengkangan disebabkan pendemik Covid-19.

Menurutnya, dia amat berharap agar sumbangan dan sifat murah hati penderma akan berterusan supaya pihaknya akan dapat terus melaksanakan program terdekat dan masa penjang bagi membantu individu memerlukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI